Berita

Rasuah tidak kira kecil atau besar

SIKAMAT: Rasuah itu tidak kira nilainya kecil ataupun besar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa nilai yang kecil itu bukanlah dianggap rezeki tetapi ianya rasuah.

“Sekiranya ia merupakan tujuan untuk mendapatkan sesuatu ia adalah haram dan salah.

“Saya juga ingin menasihati kepada semua masyarakat bahawa mereka yang mengambil rasuah akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka itu.

“Anda semua juga harus berhati-hati kerana gejala rasuah ini makin berleluasa.

“Saya tidak menafikan terdapat pihak yang cuba memberikan suapan kepada saya dengan tujuan mendapatkan sesuatu.

“Saya ingin tegaskan, bahawa saya tidak sesekali akan menyalah gunakan kuasa ini untuk kebaikkan anda.

“Oleh itu, mari sama-sama kita menolak rasuah kerana ia merupakan salah satu cara menjaga negeri kita,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button