Berita

Ismail peka kawasan hotspot kemalangan

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad peka terhadap kawasan hotspot berlakunya kemalangan jalan raya.

Ismail berkata, beliau telah turun padang bagi melihat beberapa kawasan yang kerap berlaku kemalangan kerana keadaan jalan yang tidak sesuai dan berlubang.

“Saya telah berbincang bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban, Tuan Ir.Ainor Izman Mamun@Mahmood bagi berbincang mengenai status jala, permohonan, penyelesaian serta kaedah yang terbaik bagi jangka masa pendek dan panjang bagi mengurangkan risiko kemalangan berlaku.

“Saya juga turut mengambil perhatian status pembesaran jalan di Taman Gadong Jaya dan kelulusan bonggol di jalan utama Sekolah Kebangsaan Dato’ Shah Bandar Abu Bakar dan Sekolah Dato’ Ahmad Manaf.

“Terima kasih kepada Pengarah JKR Negeri Sembilan dan JKR Daerah Seremban yang memberikan komitmen untuk menyelesaikan masalah ini.

“Saya juga akan sentiasa memantau dan membuat permohonan pembaikan atau menaiktaraf bagi keselesaan penduduk DUN Labu,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button