Berita

38 keluarga miliki Rumah Mampu Milik Type A Taman Penaga Mewah

SIKAMAT: Sebanyak 38 buah keluarga berjaya memiliki Rumah Mampu Milik Type A di Taman Penaga Mewah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 1,853 permohonan diterima bagi projek ini.

“Daripada jumlah tersebut, hanya 205 orang sahaja yang menepati syarat yang ditetapkan serta melepasi tapisan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pejabat Tanah dan Galian.

“205 orang ini pula diundi bagi menunjukkan ketelusan Kerajaan Negeri.

“Tahniah kepada mereka yang dipilih untuk memiliki Rumah Mampu Milik ini.

“Bagi yang tidak berjaya, tidak perlu bersedih kerana anda semua masih boleh menghantar permohonan untuk Projek Rumah Mampu Milik seterusnya,” kata Aminuddin.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button