Berita

Permasalahan penduduk perlu ditangani dengan efisyen

BAGAN PINANG: Permasalahan penduduk yang dibawa ke Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang, harus ditangani dengan profesional dan efisyen.

Justeru, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman mengambil langkah proaktif dengan menghantar dua kakitangan pejabatnya menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Pentadbiran Pejabat anjuran Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban pada Selasa.

“Pegawai di pejabat saya, Encik Shakir Zufayri Norazman dan Cik Wan Aneeza Akma Norizan menyertai kursusu ini.

“Terdapat empat modul dalam kursus ini iaitu Komunikasi Berkesan, Panduan Pengurusan Pejabat, Kemahiran Asas Microsoft Office dan Pengurusan Asas Kewangan.

“Kursus ini bagi memantapkan kakitangan ke arah profesionalisme dalam tugasan, membina kecemerlangan dalam kerjaya, di samping meningkatkan keperibadian kakitangan pejabat dalam menandatangani permasalahan penduduk tempatan,” jelas Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button