Berita
Persatuan Belia India Malaysia terima sumbangan RM1,500 daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,500 kepada Persatuan Belia India Malaysia.
Gunasekaren berkata, RM1,000 diberikan kepada Persatuan Belia India Malaysia Cawangan Kuala Pilah.
“Manakala RM500 diberikan kepada Persatuan Belia India Malaysia Negeri Sembilan.
“Dalam pada itu, saya turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM300 kepada Puan Seethai Muniandy yang kurang berkemampuan.
“Sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian beliau,” kata Gunasekaren.