Berita

Persatuan guru terima RM5,000 daripada Arul

NILAI: Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar telah menyerahkan RM5,000 kepada Persatuan Kesusasteraan dan Kebajikan serta Persatuan Kebajikan Guru-Guru Bersara Sekolah Tamil Negeri Sembilan.

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut merupakan peruntukan daripada Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

“Kedua-dua persatuan ini setiap tahun menjalankan beberapa aktiviti berkaitan kebudayaan dan kemasyarakatan,” kata Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button