Berita

Persatuan Orang Penglihatan Terhad Malaysia terima RM1,000 dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada Persatuan Bagi Orang Penglihatan Terhad Malaysia.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi membantu persatuan itu melakukan Projek Pembedahan Katarak Amal Bagi Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah.

“Persatuan ini mensasarkan golongan B40 yang tidak berkemampuan dan mempunyai pelbagai masalah penglihatan.

“Syabas dan terima kasih kepada persatuan ini kerana inisiatif yang diambil untuk menyalurkan perkhidmatan untuk membantu golongan yang memerlukan,” kata Gunasekaren.

Sumbangan tersebut diberikan kepada Presiden Persatuan Bagi Orang Penglihatan Terhad Malaysia, Dr.K.S Moorthi.

Show More

Related Articles

Back to top button