Berita

Persatuan Siswazah India Negeri Sembilan terima RM20,000 daripada Arul

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Siswazah India Negeri Sembilan.

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu persatuan itu menjalankan Program Kurinji Malargal.

“Program tersebut merupakan pentas untuk mencungkil bakat dalam diri pelajar melalui pelbagai persembahan.

“Dalam masa sama, melalui program ini akan mengumpulkan dana dan akan diberikan kepada pelajar yang akan mengikuti pelajaran di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT),” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button