Berita

Masalah bau busuk Rumah Pangsa Taman Bidara dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Bau busuk dari longkang yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk di Rumah Pangsa Taman Bidara mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, bau busuk tersebut berlaku akibat limpahan air dari saliran pembetung rumah pangsa tersebut yang mengalir ke longkang.

“Rumah pangsa ini tidak diselenggara dengan baik oleh pihak pengurusannya.

“Terdapat juga kerosakan longkang yang teruk.

“Selain itu, anjing-anjing liar yang berkeliaran boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk terutamanya kanak-kanak.

“Aduan kepada pihak pengurusan telah dibuat untuk tindakan.

“Saya berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera supaya penduduk di sini tinggal dalam keadaan yang selesa,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button