BAJET 2023: Kerajaan Negeri Sembilan akan melabur RM1 juta bagi menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti pertanian.
Exco Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Ir Bakri Sawir berkata, Kerajaan Negeri melihat potensi yang besar dalam penggunaan aplikasi pintar teknologi Internet of Think (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) dalam sektor pertanian.
“Justeru itu, satu plot pertanian moden dan berteknologi tinggi akan dibangunkan di Sendayan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.
“Plot ini akan dilengkapkan dengan pelbagai infrastruktur pertanian berteknologi moden seperti sistem pengairan, rumah lindungan dan pembajaan.
“Inisiatif baharu ini akan dilaksana pada tahun hadapan di dalam Belanjawan 2023,” kata Bakri.