YB Kita

Peruntukan Jalan Persekutuan DUN Jeram Padang bagi Tahun 2024

Sebagai ADUN Jeram Padang, saya ingin memaklumkan kepada semua rakyat khususnya para pengundi DUN Jeram Padang bahawa saya telah memohon dan berjaya mendapatkan peruntukan sejumlah RM2,932,500 bagi menaik taraf dan menyelenggara jalan-jalan persekutuan di kawasan kita sepanjang tahun 2024.

Antara kerja-kerja yang diluluskan termasuklah:

✅️ Kerja Mill dan Pave serta kerja berkaitan di Jalan Gemas – Kemayan (Seksyen 34.00 – 35.00) – RM1,000,000.

✅️ Kerja Mill dan Pave dan lain-lain kerja berkaitan (Seksyen 19.00 – 20.00) – RM490,000.

✅️ Kerja mengecat garisan jalan dan kerja berkaitan (Seksyen 15.50 – 16.50) – RM42,500.

✅️ Mill dan Pave, regulate & overlay (Seksyen 21.00 – 22.00) – RM1,000,000.

✅️ Kerja mengecat semula garisan jalan Jalan Utama Bukit Rokan (Seksyen 13.90 – 20.16) – RM100,000.

✅️ Kerja mengecat semula garisan jalan Jalan Gemas – Kemayan (Seksyen 12.00 – 35.00) – RM150,000.

✅️ Kerja menebang pokok dan mencantas dahan yang membahayakan (Seksyen 11.89 – 35.47) – RM150,000.

Keseluruhan kerja-kerja ini adalah demi menjamin keselamatan, keselesaan dan kelancaran pengguna jalan raya di kawasan DUN Jeram Padang.

Saya ingin menegaskan bahawa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Setiap peruntukan ini adalah hasil usaha berterusan, rundingan dan keprihatinan kita terhadap nasib rakyat.

Seperti peribahasa Melayu, “genggam bara api biar sampai jadi arang,” saya bertekad untuk terus bekerja keras tanpa mengenal lelah demi mensejahterakan penduduk di DUN Jeram Padang.

Insya Allah, selagi diberi amanah dan kepercayaan, saya akan terus memastikan bahawa pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan.

Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang

Show More

Related Articles

Back to top button