Berita

Peruntukan RM6.2 juta untuk pembangunan belia dan wanita

BAJET 2023: Kerajaan Negeri menyedari pentingnya peranan belia dan wanita sebagai tulang belakang kerajaan, maka agenda pemerkasaannya akan diteruskan dalam Belanjawan 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM6.2 juta akan diperuntukkan pada tahun hadapan.

“Peruntukan ini disediakan untuk penganjuran program, latihan dan bantuan one-off kewangan.

“Sebanyak empat inisiatif sedia ada dikekalkan dengan peruntukan RM4.5 juta iaitu geran Tabung Belia Harapan (TABAH), perlindungan takaful Food Rider, Care For U (C4U) dan Power House Wanita Gemilang (PH GEM),” katanya.

Pembangunan sukan paralimpik RM1.7 juta

Aminuddin berkata, bidang tumpuan ini turut diperluaskan kepada dua inisiatif baharu iaitu pembangunan fasiliti sukan dan pemerkasaan sukan paralimpik dengan peruntukan RM1.7 juta.

“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah berjaya menduduki tangga ke-empat dalam Bola Sepak Liga Super tahun 2022.

“Kejayaan cemerlang yang dipamerkan oleh anak-anak muda ini, membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil dan sukar untuk dicapai sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Sehubungan itu, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi akan dinaiktaraf dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan MBI.

“Sebanyak RM1.2 juta akan diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktaraf tersebut,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button