Tuntutan Bantuan Keceriaan Warga Emas DUN Sri Tanjung RM200

SRI TANJUNG: Adalah dimaklumkan bahawa senarai warga emas seperti dilampirkan belum menuntut Bantuan Keceriaan Warga Emas sebanyak RM200 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat ADUN Sri Tanjung.
Penerima diminta untuk hadir ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung untuk menuntut bantuan tersebut.
Syarat dan dokumen diperlukan:
1. Kad Pengenalan (IC) – Penerima atau wakil perlu membawa salinan IC penerima.
2. Penyata Akaun Bank yang aktif – Pastikan penyata jelas dan menunjukkan nombor akaun bank.
Nota Penting:
Wakil yang hadir bagi pihak penerima juga perlu membawa IC wakil dan dokumen penerima yang lengkap seperti di atas.
Tuntutan hanya boleh diproses setelah semua dokumen lengkap diterima.
Jika menghadapi kesulitan, sila hubungi: 012-8905997 – Encik Thalapathy Letchu.