BeritaProgram

Insentif RM3.5 juta kepada petani dan penternak Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan memberi insentif secara barangan atau inkind kepada golongan petani dan penternak bagi meningkatkan tahap pengeluaran masing-masing.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri menyedari betapa pentingnya menangani isu-isu berkaitan bekalan makanan secara berkesan.

“Maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi inisiatif baharu iaitu Sekuriti Makanan.

“Ini merupakan salah satu intervensi kerajaan di peringkat rantaian pengeluaran (supply chain).

“Inisiatif ini mampu mengurangkan kos operasi ladang sehingga 10 peratus untuk manfaat kepada lebih 150 pengusaha,” jelas beliau.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat.

Show More

Related Articles

Back to top button