Berita

Aminuddin santuni masyarakat Cina DUN Sikamat

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah menyantuni masyarakat Cina di DUN Sikamat.

Beliau yang juga ADUN Sikamat itu berkata, aktiviti itu merupakan acara tahunan menjelang sambutan Tahun baru Cina.

“Aktiviti ini merupakan satu tradisi yang saya lakukan sejak saya menjadi wakil rakyat di sini.

“Aktiviti ini juga memberisaya peluang untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim bersama masyarakat Cina di sini.

“Alhamdulillah, mereka memberikan sokongan yang baik kepada saya.

“Saya juga berharap agar kesejahteraan dan perpaduan yang ada pada hari ini dapat dikekalkan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button