BeritaProgram

Tuanku Muhriz yakin Negeri Sembilan mampu tarik lebih ramai pelabur

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, di sebalik pertumbuhan ekonomi nasional yang perlahan, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan masih berupaya menarik sejumlah pelaburan yang amat membanggakan.

“Bagi tahun 2020, nilai pelaburan yang diluluskan oleh Malaysia Investment Development Authority (MIDA) adalah sebanyak RM7.93 bilion, berbanding RM6.96 bilion pada tahun 2019 (kenaikan 14 peratus), dan ia merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicatatkan.

“Daripada jumlah tersebut, RM6.4 bilion (80.7 peratus) adalah disumbangkan oleh sektor perkilangan, perkhidmatan terpilih dan utama,” titah baginda.

Tahun Melabur Negeri Sembilan 2021

Tuanku Muhriz turut bertitah, pencapaian ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif serta menjadi bukti bahawa dalam keadaan persekitaran yang tidak menentu ini, Negeri Sembilan masih terus menjadi pilihan kepada pelabur domestik dan luar negara.

“Melalui usaha dan perancangan strategik, khususnya melalui pelancaran program Tahun Melabur Negeri Sembilan 2021 (Invest NS Year 2021);┬áBeta yakin, hasrat Kerajaan Negeri menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini akan tercapai.

“Pada masa yang sama, penumpuan kepada pelaburan berteknologi tinggi yang disasar akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan istiadat pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini, hari ini.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button