Aktiviti

Pesakit kencing manis terima sumbangan kewangan dari Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Ismail Desa di Felda Raja Alias 2.

Abdul Rahman berkata, Encik Ismail mengidap sakit kencing manis dan sakit saraf.

“Sumbangan ini bagi meringankan beban beliau dan ahli keluarganya.

“Saya mendoakan agar beliau sihat seperti sedia kala,” kata Abdul Rahman.

Turut hadir, Ahli Majlis Perbandaran Jempol, Encik A.Mutalib dan Encik Zainal.

Show More

Related Articles

Back to top button