Berita

Pesakit kronik terima alat bantu pernafasan dari Ravi

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah memberi sumbangan ‘Portable Phlegm Sunction Unit’ iaitu alat bantu pernafasan kepada Encik Rajkumar Shanmugam, 25 tahun.

Ravi berkata, sumbangan tersebut bagi membantu Encik Rajkumar yang mengalami masalah pernafasan.

“Saya juga telah memberikan lampin pakai buang kepada beliau untuk mengurangkan beban ahli keluarga.

“Dalam pada itu, mereka juga akan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan depan.

“Semoga Encik Rajkumar sekeluarga tabah menghadapi ujian ini,” kata Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button