Berita

15 tokoh Islam sertai KeADILan

Penyertaan 15 individu agamawan ini bukan yang terakhir

SEREMBAN: Seramai 15 individu agamawan mengumumkan hari ini menyertai KeADILan. Pengumuman secara serentak ini dibuat di hadapan Presiden KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Mereka ialah antaranya Bekas Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Datuk Baharum Hasbullah; Bekas ADUN Dusun Tua (Selangor), Razaly Hassan; Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Shamsul Azhar Yahya dan Bekas Pensyarah Pensyarah Kanan UniKL City Campus, Azis Jakfar Soraji.

Bekas Pegawai Agama di Jabatan Mufti, Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Basit Abdul Wahab; Bekas Ketua Pemuada PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad dan Bekas Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Seremban, Ustaz Mohd Rais Mustafa Kamal.

Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, London dan Bekas Pensyarah Maktab Perguruan, Ariffin Omar; Penolong Pendaftar Perkahwinan Nikah dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Muhammad Fitri Othman dan Bekas pengawai IKIM dan penyampai radio ikim.FM, Zamri Zainal Abidin.

Guru Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Ustazah Salbiah Omar dan Bekas Pimpinan Persatuan Pelajar Islam Selangor, Fatimah Azzahra Mohamad.

Bekas Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid), Sekolah Menenegah Kebangsaan Seri Sendayan, Ustaz Salim Ahmad dan Pensyarah Jabatan Pengajian Islam UNISEL, Abdul Razak Aripin.

Anwar: Akan ada lagi yang akan menyertai KeADILan

Anwar dalam sidang akhbar yang berlangsung di Klana Resort, Seremban berkata, beliau meraikan para agamawan dan tokoh Islam yang menyertai KeADILan.

“Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam pelbagai disiplin serta lapangan yang mereka kuasai, saya percaya penyertaan ini memberikan suntikan dan semangat baharu buat KeADILan.

“Saya optimis dan percaya ia juga bakal mengisi dan menambah baik semangat memungkinkan islah serta membuktikan KeADILan sebagai wadah untuk semua iaitu golongan profesional, seniman, agamawan dan lain-lain.

“Saya percaya penyertaan mereka ini bukan yang terakhir, dan Insyah Allah akan ada lagi yang akan menyertai KeADILan selepas ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat datang ke keluarga besar KeADILan,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button