Berita

Pesakit strok terima sumbangan barangan dapur dari Aidil

JUASSEH: Penyelaras DUN Juasseh, Tuan Mohd Aidil Abdullah telah memberikan sumbangan barangan dapur kepada warga emas yang mengidap strok di Kampung Terusan.

Mohd Aidil berkata, warga emas tersebut hanya terlantar sahaja di atas katil kerana sakit yang dihidapinya.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban ahli keluarga beliau.

“Saya juga berdoa agar segala urusan beliau dipermudahkan dan diberi kesembuhan seperti sedia kala,” kata Mohd Aidil.

Show More

Related Articles

Back to top button