Berita

Petani Negeri Sembilan harus maju dan berteknologi tinggi

JELEBU: Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, golongan petani di Negeri Sembilan haruslah maju dan berteknologi tinggi.

“Kita harus mengeluarkan stigma bahawa pertanian merupakan bidang yang ketinggalan zaman dan tidak menarik untuk dicebur oleh golongan muda.

“Kita harus membentuk petani yang maju dan mengoptimakan penggunaan teknologi tinggi.

“Begitu juga dengan kaedah pemasaran produk usahawan industri asas tani yang turut perlu pantas dan maju, selari dengan kemajuan sejagat.

“Oleh sebab itu, saya memberi sokongan penuh terhadap kaedah pemasaran digital seperti Shopee, Tik Tok dan poster yang menarik bagi tujuan promosi produk.

“Besar harapan saya agar para petani dan usahawan Negeri Sembilan menjadi kumpulan petani dan usahawan terbaik serta contoh di negara ini,” kata Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu.

Jalaluddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Seminar Teknologi Padi dan Pemasaran Digital Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Sembilan 2023 di Muar, Johor.

Show More

Related Articles

Back to top button