BeritaMenarik

PH BN bakal lancar jentera Pilihan Raya peringkat negeri

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bakal melancarkan jentera Pilihan Raya peringkat negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, semalam (Selasa) pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mengadakan satu pertemuan bersama dengan pimpinan Barisan Nasional Negeri Sembilan bagi membincangkan perkara ini.

“Hal ini dilakukan bagi menyelaraskan gerak kerja untuk menempuhi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Pertemuan tersebut membincangkan pelaksanaan gerak kerja, bagaimana menguatkan jentera di DUN masing-masing.

“Selain itu, ia juga bagi memastikan bahawa Negeri Sembilan pada PRN kali ini milik Kerajaan Perpaduan,” kata Aminuddin yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata demikian dalam sidang media di Wisma Negeri sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button