BeritaMenarik

PH-BN tawar 77 inisiatif manifesto untuk rakyat Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pakatan Harapan dan Barisan Nasional melancarkan manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang menawarkan 77 inisiatif untuk rakyat Negeri Sembilan.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif tersebut berpandukan kepada 10 teras utama iaitu:

Teras 1: Ekonomi, pelaburan dan infrastruktur.

Teras 2: Pendidikan dan modal insan.

Teras 3: Kesejahteraan rakyat.

Teras 4: Belia, wanita, keluarga, sukan dan keusahawanan.

Teras 5: Tanah dan perumahan.

Teras 6: Pertanian.

Teras 7: Pelancongan dan alam sekitar.

Teras 8: Agama, adat budaya dan masyarakat Orang Asli.

Teras 9: Perkhidmatan Awam.

Teras 10: FELDA.

“Manifesto ini adalah janji kami. Apa yang dijanjikan ini dapat dilaksanakan mengikut keperluan dan kebolehan kerajaan negeri,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button