BeritaMenarik

PRN adalah tawaran parti politik kepada rakyat

SIKAMAT: Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah merupakan tawaran daripada parti politik yang berdaftar kepada rakyat di sesebuah negeri.

Ustaz Firdaus Jaafar berkata, disebabkan itu, kita perlu mengelakkan daripada menggunakan sentimen agama atau bangsa untuk mewujudkan naratif yang negatif.

“Ia bukan soal agama mahupun bangsa.

“Ianya adalah perkara yang kita tawarkan kepada rakyat.

“Bagaimana kita nak majukan ekonomi penduduk setempat dan hala tuju apabila diberikan mandat.

“Oleh itu, penyokong Pakatan Harapan khususnya perlu menjadi ejen kepada masyarakat luar bagi menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif yang telah dilakukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan,” kata Firdaus.

Show More

Related Articles

Back to top button