BeritaProgram

PH sasar menang lapan kerusi di Negeri Sembilan, empat di Melaka

TAMPIN: Pakatan Harapan optimis memenangi kesemua lapan kerusi Parlimen di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung DAP, Saudara Anthony Loke Siew Fook berkata, Pakatan Harapan turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen di Melaka.

“Kita akan memastikan kerusi yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 di Tampin, Kuala Pilah, Port Dickson, Rasah dan Seremban dipertahankan.

“Matlamat kita nak kekalkan lima kerusi yang dimenangi (PRU-14) dan menang di Parlimen Jempol, Jelebu dan Rembau pada PRU-15 ini.

“Lapan kerusi sasaran kita di Negeri Sembilan,” kata Loke di Jelajah Mega Harapan 2022 Negeri Sembilan di Tampin malam tadi.

Menurut Loke lagi, Pakatan Harapan mensasarkan sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen di Melaka.

“Kita mahu mengekalkan kemenangan PRU-14 di Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.

“Kita mensasarkan menyumbang 12 kerusi dari Negeri Sembilan dan Melaka untuk membantu Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-15 ini,” jelas Loke di hadapan 3,000 penyokong.

Show More

Related Articles

Back to top button