Berita

Jualan Harga Ladang DUN Gemas terima sambutan

Jualan laris dalam masa dua jam

GEMAS: Jualan Harga Ladang DUN Gemas di pintu Masuk Kem Syed Sirajuddin terima sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, bagi program kali ini kuantiti bahan mentah dan barangan dapur telah ditambah berbanding jualan sebelum ini.

“Namun begitu, sambutan yang diterima diluar jangkaan.

“Barangan yang dijual juga habis awal daripada yang dirancang.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang mengambil inisiatif seperti ini bagi membantu rakyat di negeri ini.

“Semoga program ini dapat membantu meringankan perbelanjaan isi rumah mereka,” kata Siti Aishah.

Turut hadir, Calon Parlimen Tampin, Faiz Fadzil Noor.

Show More

Related Articles

Back to top button