Berita
Bakri turun padang, cari langkah pencegahan banjir
KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah turun padang bagi meninjau kawasan banjir kilat di Petaling.
Bakri berkata, tujuan lawatan ini ialah bagi mengenalpasti punca banjir dan langkah bagi mengelakkan banjir pada masa akan datang.
“Pengalaman saya sebagai seorang jurutera sebelum ini turut memudahkan saya bekerjasama dengan jurutera jabatan yang berkaitan yang hadir.
“Terima kasih kepada JKR Jelebu, Majlis Daerah Jelebu dan MPKK.
“Insya Allah, dengan kepakaran dan kemampuan yang ada, kami akan terus berkhidmat demi rakyat,” kata Bakri.