Berita

Piala Datin Seri Wan Hasni: Raptors juara Peringkat Parlimen Tampin

TAMPIN: Pasukan Raptors muncul sebagai johan Kejohanan Bola Jaring Piala Datin Seri Wan Hasni Peringkat Parlimen Tampin di Kompleks Arena Tampin.

Penyelaras DUN Gemas Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman berkata, beliau berasa bangga kerana Raptors merupakan wakil DUN Gemas di kejohanan tersebut.

“Kejuaraan ini membolehkan Raptors mewakili Parlimen Tampin di kejohanan peringkat negeri nanti.

“Raptors membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala pusingan dan pingat.

“Tempat kedua Elite Warriors (DUN Gemencheh) hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan dan pingat.

“Tempat ketiga KSR Bukit Rokan (RM800 dan pingat) dan tempat keempat Team Repah A (RM500),” kata Siti Aishah.

Hadiah disampaikan oleh ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam.

Kejohanan Bola Jaring Piala YABhg Datin Seri Wan Hasni 2021 adalah anjuran Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) dan Persatuan Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH).

Show More

Related Articles

Back to top button