Berita

PIBG SK Seremban Jaya 2 terima sumbangan RM1,000 daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyerahkan sumbangan kewangan RM1,000 kepada PIBG Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 untuk sambutan Hari Kanak-kanak.

Gunasekaren juga menyampaikan sumbangan khairat kematian sebanyak RM200 kepada Cik Iswary Appu dan Encik Luugesan Murugan.

“Saya juga menyerahkan sumbangan sebanyak RM200 kepada Encik Chan Kum Fook dan RM200 kepada Encik Kalaichelvan Kuppan yang menghadapi masalah kewangan.

“Semoga bantuan kewangan yang diberikan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung,” kata Gunasekaren.

 

Show More

Related Articles

Back to top button