Berita

PILAH: 12 usahawan kecil terima geran TUNS dan TUNS PLUS dari Nazaruddin

PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu telah menyampaikan Sijil Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) kepada lapan orang usahawan kecil.

Mohamad Nazaruddin berkata, manakala empat lagi usahawan kecil menerima Sijil TUNS PLUS.

“TUNS ini adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi membantu usahawan mikro dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka di masa akan datang.

“TUNS adalah bantuan kewangan dalam bentuk geran bernilai RM3,000 dan TUNS PLUS pula merupakan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM15,000.

“Syabas kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Semoga insentif yang diberikan ini diteruskan demi memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Negeri Sembilan,” kata Nazaruddin.

Pegawai Khas ADUN Pilah, Encik Nazarudin Zaizakrani mewakili Nazaruddin menyerahkan sijil kepada 12 penerima.

Show More

Related Articles

Back to top button