Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
BeritaProgram

Pinjaman tanpa faedah, Rumah Harapan Rakyat bernilai RM78,000

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan pinjaman tanpa faedah bagi pembinaan Rumah Harapan Rakyat bernilai RM78,000.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri akan menanggung subsidi sebanyak RM8,000 bagi setiap rumah yang akan dibina di atas tapak tanah yang disediakan oleh pemohon sendiri.

“Ini bermakna pemohon yang berjaya hanya perlu membayar semula pinjaman tanpa faedah bagi RM70,000.

“Pemohon perlu membayar ansuran bulanan RM250 hingga RM300 sehingga pinjaman diselesaikan.

“Setiap rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air,” kata beliau.

Peluang kepada penduduk luar bandar memiliki rumah sendiri

Aminuddin berkata, ini adalah tahun kedua program Rumah Harapan Rakyat dilaksana.

“Tahun lepas kita meluluskan pembinaan 70 buah rumah berharga RM65,000 dan subsidi sebanyak RM5,000 diberikan.

“Tahun ini disebabkan kenaikan harga bahan pembinaan, maka nilai rumah telah naik kepada RM78,000 dan sebanyak 65 buah rumah akan dibina nanti.

“Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) akan melantik kontraktor untuk membina rumah ini.

“Program ini memberi peluang kepada penduduk luar bandar untuk memiliki rumah sendiri terutamanya yang bekerja sendiri dan sukar untuk mendapatkan pinjaman bank,” jelas Aminuddin lagi.

Permohonan secara online boleh dibuat bermula 15 Februari di laman sesawang PKNNS.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button