Berita

PNB serah zakat RM857,500 kepada MAINS

SEREMBAN: Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyerahkan zakat perniagaan yang berjumlah RM857,500 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah berkenan menerima zakat tersebut di Istana Hinggap, Seremban.

Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan terima kasih kepada PNB kerana keprihatinan yang ditunjukkan dengan menunaikan zakat perniagaan.

“Semoga PNB terus maju dan menjadi institusi pelaburan terbaik,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button