Menarik

Program Jelajah Merdeka DUN Jeram Padang

JERAM PADANG: Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang telah mengadakan Program Jelajah Merdeka DUN Jeram Padang.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu, program ini melibatkan 10 buah kereta pacuan empat roda (Team 4×4) dan 11 buah motorsikal dari Kelab Sisterhood Rider.

“Kami juga turut membuat serahan bendera kepada penduduk kampung di DUN Jeram Padang agar mereka lebih bersemangat untuk menyambut kemerdekaan pada bulan ini.

“Bendera yang diedarkan ini juga akan dipasang di sekitar kawasan kampung seperti di hadapan rumah, kedai dan balai raya,” kata Musliadi.

Musliadi berkata, jelajah bermula di Felda Palong 2, seterusnya ke Felda Palong 1, Kampung Baru Rompin, Kampung Felcra Rompin, Felda Rokan Barat, Pekan Jelai, Kampung Taman Jaya dan berakhir di Kampung Orang Asli Panchor.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini termasuk Team 4X4, Kelab Sisterhood Rider dan MPKK.

Show More

Related Articles

Back to top button