Berita

Negeri Sembilan yang pertama wujudkan Akaun Amanah Penyenggaraan Sekolah

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan merupakan kerajaan negeri pertama yang mengambil langkah mewujudkan Akaun Amanah Penyenggaraan Sekolah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif tersebut bertujuan membantu menyenggara sekolah yang lambat menerima peruntukan daripada jabatan yang sepatutnya.

“Walaupun pendidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri turut memainkan peranan dalam melonjakkan pendidikan di Negeri Sembilan.

“Hal ini kerana, semua pihak harus bekerjasama bagi menyediakan ekosistem pendidikan terbaik kepada para pelajar,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, SMK Kampung Baru SiRusa.

Aminuddin turut menambah agar SMK kampung Baru SiRusa dapat melonjakkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) sebagaimana yang dilakukan oleh SMK Felda Bukit Rokan, Gemencheh.

“Justeru itu, saya mencabar pihak sekolah agar mencapai GPS 4.5 pada masa akan datang,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button