Berita

Program Komuniti Strata tangani masalah pengurusan rumah pangsa

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri program Lawatan Turun Padang dan Program Komuniti Strata di Rumah Pangsa Senawang 2, Taman Sri Mawar.

Bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri Razali; lawatan ini telah memberi peluang kepada penduduk bagi mengutarakan masalah yang dihadapi penduduk strata.

“Antara masalah yang dibangkitkan penduduk ialah isu membuang sampah, isu bumbung yang sudah tercabut, longkang tersumbat, ketidakpuastian terhadap kerja-kerja pelaksanaan oleh pihak pengurusan strata, kos penyelenggaraan yang tinggi, cadangan menggunakan tapak kolam takungan terbiar untuk kebun komuniti dan cadangan gotong royong,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren berharap masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan pihak pengurusan strata yang baru dilantik.

“Penduduk diminta melaporkan sebarang aduan kepada Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya atau Ahli Majlis bagi mengatasi permasalahan tersebut,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir Setiausaha MBS, Encik Mas Midyawan; Ahli MBS, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi Biro Kebajikan Rumah Pangsa Senawang 2, Encik Izlan.

Show More

Related Articles

Back to top button