YB Kita

Program Melomang Kito di Felda Bukit Rokan Barat

Program Melomang Kito telah berlangsung dengan jayanya di Felda Bukit Rokan Barat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, program ini diadakan selama empat tahun berturut-turut dan telah menjadi acara wajib setiap bulan Ramadan.

“Sebanyak 100 batang lemang bersama rendang telah disediakan untuk diagihkan kepada 38 keluarga asnaf di kawasan ini sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha murni semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, malah menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti.

“Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi amal kebajikan yang berpanjangan,” kata Mohd Zaidy.

Program ini dianjurkan oleh Kami Anak Felda (KAF) dengan kerjasama kepimpinan UMNO, pihak masjid, Felda, JKKR, MBFM serta GPW kawasan Felda Bukit Rokan Barat.

Show More

Related Articles

Back to top button