SEREMBAN: Program MalaysiaActive@MOTORSPORTS-Malaysia Minibike Academy 2023 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi mendapat sambutan daripada 53 orang peserta cilik berumur tujuh hingga 11 tahun.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas sukan mini bike di peringkat akar umbi dan seterusnya mencari bakal pelapis pelumba negara yang akan diserahkan kepada ZK Racing untuk membuat pemilihan terakhir sebelum diserapkan ke Kejohanan FIM Mini GP Malaysia Series.
“Tahniah kepada semua peserta cilik yang telah mengambil bahagian dalam program ini.
“Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka adalah inspirasi kepada kita semua.
“Terima kasih kepada pihak ZK Racing dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
“Sama-sama kita berdoa agar bakat-bakat muda ini akan mencapai kejayaan yang gemilang dalam bidang sukan motor dan mencorakkan masa depan sukan motor negara kita,” kata Mustapha yang juga ADUN Palong.