Berita

PROMISE: Kursus kemahiran bantu golongan B40 jana pendapatan

SEREMBAN: Program Modal Insan Anak Seremban (PROMISE) anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban membantu golongan B40 menjana sumber pendapatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program ini adalah salah satu usaha dalam meningkatkan taraf hidup golongan B40 melalui pendidikan.

Pejabat Daerah dan Tanah Seremban merangka enam kursus dalam program ini dan seramai 216 peserta telah terpilih bagi mengikuti kursus seperti berikut:

i. Perkhidmatan Estetik
ii. Urut Terapi
iii. Pendandan Rambut
iv. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik
v. Rigger dan Slinger (Sijil Ikhtisas)
vi. Operasi Servis Makanan dan Minuman

“Selesai kursus, para peserta akan diletakkan di sektor atau industri yang sesuai. Mereka juga akan melalui proses pemantauan selama enam bulan bagi melihat perkembangan setiap peserta.

“Hubungan antara kursus dan industri ini adalah penting bagi memastikan para peserta dapat menimba ilmu yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian kelak.

“Besarlah harapan saya agar PROMISE dapat membantu peserta menjana sumber pendapatan yang lebih baik, seterusnya meningkatkan ekonomi dan taraf hidup keluarga.

“Saya juga berharap agar para peserta dapat menggunakan peluang ini sebagai satu batu loncatan untuk mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik,” kata Aminuddin dalam ucapan perasmian.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button