Berita

PRU-15: Jufitri fokus pembangunan masyarakat Rembau

REMBAU: Pembangunan masyarakat merupakan perkara pertama yang akan dilakukan oleh Calon Pakatan Harapan Rembau, Saudara Jufitri Joha.

Jufitri berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut beliau akan berkolaborasi bersama Kerajaan Negeri dan juga MPKK untuk menaikkan taraf hidup masyarakat tempatan.

“Perancangan sedia ada akan tetap diteruskan namun akan ditambah baik kerana kelebihan yang dimiliki di dalam Parlimen.

“Selain itu, apabila mempunyai kuasa dalam Kerajaan Persekutuan ia dapat memberi kelebihan kepada saya untuk memberi penekanan demi pembangunan masyarakat di sini,” kata Jufitri.

Jufitri menambah bahawa penerimaan rakyat Rembau juga sangat memberangsangkan.

“Sebagai muka baharu dalam politik yang datang daripada organisasi belia, saya harap agar dapat menarik minat anak muda untuk memilih saya dalam pilihan raya kali ini,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button