Berita

Pusat Aktiviti Wanita dan Belia DUN Rantau

RANTAU: Sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Rantau telah mengadakan gotong royong bagi menyediakan Pusat Aktiviti Wanita dan Belia DUN Rantau di Balai Raya Kampung Pasir Mas.

Penyelarasnya, Tuan Husin Haroon berkata, pusat ini akan menjadi tempat utama bagi menjalankan program dan aktiviti wanita dan belia DUN Rantau.

“Program dan aktiviti telah disusun untuk membantu wanita dan belia setempat seperti kelestarian ekonomi, memberi kemahiran yang diperlukan dan juga program pembentukan sahsiah, kerohanian serta ilmiah,’ kata Husin.

Show More

Related Articles

Back to top button