Berita

Rafie gerakkan ‘Ampangan Rescue Team’ bantu mangsa banjir

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah menggerakkan ‘Ampangan Rescue Team (ART) bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir.

Mohamad Rafie berkata, hujan lebat malam tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di Ampangan dilanda banjir.

“Kawasan tersebut adalah Kampung Ismail, Kampung Blok A, Kampung Blok B, Kampung Blok C, Taman Lee Siew Joo dan Taman Dusun Nyior.

“Bantuan makanan sarapan pagi, tengah hari dan malam telah diberikan kepada mereka sementara aktiviti membersihkan rumah mereka selesai.

“Masalah banjir ini akan berterusan sekiranya sungai dan sistem perparitan di kawasan perumahan ini tidak di dalamkan serta diselenggara.

“Kita harap Kerajaan Persekutuan segera menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan usaha ini dengan segera,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button