Aktiviti

Rafie santuni warga emas uzur DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah menyantuni beberapa warga emas uzur di sekitar DUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, aktiviti ini dilakukan secara mingguan bagi melihat sekiranya mereka memerlukan bantuan atau tindakan segera.

“Sewaktu perjumpaan, kita mengambil kira permasalahan dan berusaha untuk membantu mereka.

“Saya juga turut memberikan kerusi roda kepada seorang warga emas uzur yang memerlukannya segera.

“Semoga sumbangan dan aktiviti ziarah ini dapat membantu mereka dari segi sokongan moral dan fizikal,” kata Mohamad Rafie yang juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button