Berita

Rafie santuni warga emas uzur

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah menyantuni warga emas uzur di sekitar DUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, aktiviti dilakukan bagi menziarahi mereka yang memerlukan bantuan dan tidak berupaya untuk datang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

“Ramai yang memerlukan bantuan sama ada barangan dapur mahupun kewangan.

“Saya akan berusaha membantu mereka melalui Pusat Khidmat Rakyat ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban mereka,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button