Berita

Rahman bantu pelajar tahfiz dalam kuarantin Covid-19

SERTING: ‘Bagai jatuh ditimpa tangga’, begitulah nasib anak-anak tahfiz di Asrama Maahad Tahfiz Raudhatul Quran Ibrahimiyyah yang ditenggalami banjir baru-baru ini.

Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli berkata, empat pelajar di tahfiz ini didapati positif dengan jangkitan wabak Covid-19.

Berikutan itu tahfiz yang menempatkan 20 pelajar dan tiga guru itu terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu.

“Bersimpati dengan nasib pelajar ini, saya telah menyumbang barangan keperluan harian kepada pusat tahfiz ini.

“Sumbangan berupa bahan makanan, keperluan kebersihan diri dan ubat-ubatan ini telah disumbangkan semasa ke pusat pengajian tersebut.

“Semoga bakal hufaz ini segera diberi kesihatan dan kemudahan untuk mereka meneruskan pengajian mereka.

“Diharapkan sumbangan yang diberikan ini akan serba sedikit memudahkan kehidupan mereka selama menempuh tempoh kuarantin ini,” kata Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button