Aktiviti

Rahman beri sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Rosadi Saleh di Felda Serting Hilir 6.

Abdul Rahman berkata, rumah Encik Rosadi terlibat dalam kebakaran dan menyebabkan sebahagian besar dapurnya musnah.

“Syukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi semangat baru kepada beliau.

“Terima kasih kepada anggota bomba yang pantas mengawal kebakaran,” kata Abdul Rahman.

Turut hadir, Ahli Majlis Perbandaran Jempol, Encik A.Mutalib dan Encik Zainal.

Show More

Related Articles

Back to top button