Berita

Rahman hulur bantuan makanan kepada mangsa banjir

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli membekalkan makanan kepada 57 mangsa banjir daripada 16 keluarga di Kampung Dato’ Johan.

Abdul Rahman berkata, beliau menerima maklumat daripada Pengerusi MPKK Kampung Dato’ Johan, Encik Mohd Noor pada pukul 6.30 pagi bahawa beberapa rumah telah mula dinaiki air.

“Saya segera ke tempat banjir dan berhubung dengan Jabatan Angkatan Pertahanan Awam dan Bomba untuk mengenalpasti rumah yang terlibat dan usaha pemindahan mangsa ke Balai Raya Kampung Dato’ Johan telah dilakukan,” kata Abdul Rahman.

Pengerusi MPKK Kampung Dato Johan, Encik Mohd Noor mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas tindakan segera dan keprihatinan beliau terhadap mangsa banjir.

Turut bersama, Ahli Majlis Perbandaran Jempol, Encik A.Mutalib; Encik Azrin dan Encik Zainal.

Show More

Related Articles

Back to top button