Berita

Sektor pendidikan Islam ditingkatkan di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berterusan berusaha meningkatkan sektor pendidikan Islam di negeri ini.

Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, bangunan baharu Maahad Ahmadi di Gemencheh berharga RM13 juta sedang rancak dalam pembinaan, ini termasuk kemudahan asrama pelajar, dewan makan dan surau.

“Kita ingin letakkan Maahad Ahmadi sebagai peneraju dalam Bahasa Arab.

“Pelajar Maahad Ahmadi aktif bertutur dalam Bahasa Arab.

“Budaya berbahasa Arab di Maahad Ahmadi adalah fokus penting Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Mohd Zaidi berkata, JHEAINS juga mahu menaik taraf peranan koperasi sekolah dan bukan sekadar menjual buku dan alat tulis untuk pelajar.

“Kita mahu memberi pendedahan tentang ilmu keusahawanan kepada pelajar sekolah agama.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kepada Koperasi Maahad Ahmadi Gemencheh bagi menjalankan perniagaan membekalkan makanan kepada pelajar asrama sekolah.

“Maka koperasi sekolah boleh maju dan Maahad Ahmadi akan pelopori usaha ini,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button