BeritaMenarik

Rasa lega dan gembira dapat geran hak milik kekal

Salah satu tawaran manifesto Pakatan Harapan PRU-14 yang ditunaikan

REMBAU: Rata-rata penerima geran hak milik kekal yang ditemui, bersyukur dan gembira setelah permohonan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan 99 tahun kepada selama-lamanya diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Puan Siti Khetijah Abd Majid, 65, membeli sebuah rumah di Rumah Rakyat Chembong secara sewa beli pada tahun 1981.

“Saya berasa lega apabila permohonan untuk menukar status geran kediaman kepada hak milik kekal diluluskan Kerajaan Negeri.

“Mak cik suka dan berasa lega. Kalau mak cik dah tak ada pun, hak anak cucu terjamin dengan geran hak milik kekal ini

“Terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang meluluskan permohonan ini,” kata Siti Khetijah.,” kata Siti Khetijah.

Siti Khetijah

Puan Noorbi Othman, 63, dari Rumah Rakyat Pedas juga menzahirkan perasaan gembira apabila menerima geran kediaman hak milik kekal daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Saya suka sebab ini jaminan untuk anak cucu. Kalau sebelum ini status pajakan 99 tahun. Takut juga kalau kerajaan ambil balik.

“Sekarang dah rasa lega sangat

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan di atas kelulusan permohonan ini,” jelas Noorbi.

Siti Khetijah dan Noorbi berkata demikian kepada Negeri Kita di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Pajakan (Leasehold) kepada Hak Milik Kekal (Freehold) di Dewan Sri Rembau.

Noorbi

Seramai 44 pemilik kediaman menerima geran hak milik kekal daripada Aminuddin.

Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan permohonan penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal bagi 134 hakmilik di Daerah Rembau.

Dasar penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan 99 tahun kepada kekal (Leasehold to Freehold) bagi tanah berstatus kediaman merupakan salah satu daripada 71 tawaran Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri pada tahun 2020.

Show More

Related Articles

Back to top button