Menarik

Ravi anjur program masak bubur lambuk sempena Ramadhan

SRI TANJUNG: Program Masak Bubur Lambuk anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung dengan kerjasama MPKK Kampung Paya telah diadakan di Kampung Paya.

ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M Ravi berkata program ini adalah usaha untuk merapatkan hubungan antara penduduk di kawasan Port Dickson sempena Ramadhan.

“Antara pengisian program adalah gotong-royong memasak bubur lambuk dan seterusnya sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk Port Dickson.

“Sepanjang program berlangsung, dapat dilihat kerjasama dan sokongan yang baik yang telah diberikan oleh penduduk dan MPKK,” kata Ravi.

Turut hadir Pengerusi MPKK kampung Paya, Encik Hassan.

Show More

Related Articles

Back to top button