Berita

Ravi dan Aminuddin santuni pengunjung Pasar Malam Pekan Port Dickson

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah menyantuni pengunjung Pasar Malam Pekan Port Dickson.

Ravi berkata, sejak Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Negeri pada PRU lepas, jumlah pelancong semakin ramai datang ke negeri ini khususnya Port Dickson.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sembilan antara lima negeri tertinggi yang menjadi tumpuan pelancong domestik.

“Ini merupakan hasil urus tadbir yang baik oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di samping menyediakan infrastruktur yang baik untuk kemudahan pelancong.

“Limpahan pelancong ini juga membuka ruang untuk penduduk tempatan meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masing-masing.

“Oleh hal yang demikian, ayuh undi Pakatan Harapan dalam PRU-15 supaya lebih banyak penambahbaikan dapat dilaksanakan bukan sahaja di peringkat negeri, malahan negara,” kata Ravi.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang juga merupakan Calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button